Majlis Pelancaran Pesta Lampu Buloh Kasap 2025

Kemeriahan majlis pelancaran Pesta Lampu Buloh Kasap 2025 yang dihadiri lebih 400 orang terutama masyarakat berbangsa cina sempena Sambutan Tahun Baru Cina tahun ini.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang sudi hadir termasuk Ketua-Ketua Jabatan, Pimpinan Masyarakat serta penduduk Buloh Kasap.

Lebih satu bulan pemasangan lampu-lampu ini dapat disiapkan. Akhirnya kemeriahan Buloh Kasap dengan sinaran cahaya dapat dinikmati semua.