Majlis Makan Besar Sempena Tahun Baru Cina 2025
Kemeriahan Sambutan Tahun Baru Cina sudah mula dirasai di Batu Pahat.
Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir ke Majlis Makan Besar sempena Tahun Baru Cina 2025 bersama masyarakat Tiong Hua Negeri Johor di Batu Pahat.
Kepelbagaian kaum dan agama tidak menghalang masyarakat di Malaysia untuk turut sama meraikan perayaan sesuatu kaum. Malah, kepelbagaian dan perbezaan ini seharusnya diraikan dengan hati yang terbuka.
Menerusi majlis ini, saya turut berkongsi bahawa tahun ini merupakan tahun yang gemilang untuk Johor. Kita sedang melalui satu era yang penuh dengan ruang dan yang bakal merubah landskap ekonomi negeri dan kehidupan Bangsa Johor.
Sudah tentu masyarakat Cina di Johor juga tidak ketinggalan dan memainkan peranan penting dalam merancakkan ekonomi di negeri Johor. Oleh itu, marilah kita sentiasa bersatu hati, mengeratkan perpaduan serta bersama-sama menggembleng tenaga agar tahun ini akan membawa lebih banyak kejayaan untuk negeri Johor.
Xin Nian Quai Ler, Sher Nian Jing Boo!
Gong Xi Fa Chai!
Selamat Tahun Baru Cina 2025!
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor