Majlis Peluncuran Kempen Melawat Malaysia (Visit Malaysia 2026)

Saya telah mewakili YAB Menteri Besar Johor ke Program Peluncuran Kempen Melawat Malaysia (Visit Malaysia 2026) yang disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Pelancongan memainkan peranan ganda sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi dan penyedia pengalaman pelancongan yang memuaskan, memperkaya, dan berkesan kepada pelancong.

Saya yakin bahawa usaha gabungan antara Kempen Melawat Malaysia 2026 dan Kempen Melawat Johor 2026 akan mewujudkan sinergi yang merangsangkan seterusnya mendorong lonjakan pelancongan bagi negeri Johor.