Mesyuarat Pembentangan ‘Timeline’ Gerak Kerja & Projek Pembangunan MBIP, MBPG & MPKu

Saya telah mempengerusikan mesyuarat pembentangan ‘timeline’ gerak kerja & projek pembangunan MBIP, MBPG & MPKu.

MBIP telah memperuntukkan sejumlah RM 33,781,935.00 dengan 17 projek, MBPG telah memperuntukkan sejumlah RM37,607,102.00 dengan 10 projek dan MPKu telah memperuntukkan sejumlah RM26,584,338.00 dengan 19 projek yang melibatkan projek bermanfaat kepada rakyat dan projek berimpak tinggi kepada pembangunan Kerajaan Negeri.

Antara projek yang dilaksanakan bermula Januari 2025 dan siap pada Q4 2025 adalah seperti berikut :

1. Pembangunan Eco Tourism, Kampung Sungai Melayu
2. Pemasangan Lampu Jalan LED Beserta Lampu Jalan Pintar di Taman Nusa Idaman, Iskandar Puteri
3. Menaiktaraf Parit Utama di Jalan Tenang 2 Taman Damai Jaya Skudai
4. Pelebaran Jambatan dan Menaiktaraf Jambatan Sediada Merentasi Sungai Melana
5. Membaikpulih Tembok Penahan di Outlet Parit Utama di Sekitar Jalan Wira 9, Taman Tan Sri Yaakob, Skudai
6. Pengindahan Jalan Skudai – Senai, Jalan Skudai – Gelang Patah dan Jalan Persisiran Pantai
7. Penyelenggaraan Perabot Jalan
8. Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon

1. Membina Galeri Seramik MBPG
2. Menaiktaraf Muzium Layang-Layang
3. Membina dan Menyelenggara Command Centre dan smart CCTV
4. Menaiktaraf Sistem Perparitan bagi Mengatasi Masalah Banjir Kilat Di Jalan Bandar, Pasir Gudang
5. Kerja Mengorek dan Mendalamkan Sungai di Anak Sungai Masai
6. Membaikpulih Tembok dan Cerun Monsun Drain Rosak di Jalan Tembikai 26, Taman Kota Masai
7. Kajian Kesesakan Lalu Lintas Bagi Persimpangan Utama di Kawasan MBPG
8. Pengindahan Landskap Sekitar Jalan Utama di Kawasan MBPG
1. Pemasangan Smart CCTV (Fasa 2)
2. Pemasangan Smart Lighting di Jalan Persekutuan FT001 (Bandar Kulai)
3. Menaiktaraf Longkang Konkrit di Jalan Perpaduan Taman Kulai Utama
4. Menaiktaraf Longkang Konkrit di Kawasan Perumahan Taman Aman, Senai
5. Membina Lantai Konkrit Imprint di Jalan FT01 Pekan Senai Sempena Program Pengindahan Laluan Protokol Bandar Senai

Pembentangan timeline gerak kerja ini adalah bagi memastikan PBT sentiasa ‘on track’ untuk projek pembangunan bagi memastikan perkhidmatan Kerajaan Negeri Johor dibawah teraju YAB Dato Onn Hafiz Ghazi sentiasa efisien & berkesan.

Pembentangan ini dihadiri oleh YB Dato Mustafa Datuk Bandar MBPG, Tuan Haji Fahmi Salam YDP MPKu & Sdra. Fadil Misnan Ketua Whip MPKu,Encik Shahrul TSU MBIP dan Encik Hafiz Aliman SUB Kerajaan Tempatan Negeri Johor.