MAJLIS PENUTUPAN RASMI ASEAN TOURISM FORUM 2025, MEMBUKA ERA BAHARU PELANCONGAN ASEAN
Majlis penutupan ASEAN Tourism Forum 2025 (ATF 2025) telah melabuhkan tirainya hari ini di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru.
Bagi mewakili YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) kerana memilih Johor sebagai Tuan Rumah ATF 2025.
Seiring dengan persiapan Tahun Melawat Johor 2026, saya terus menekankan komitmen Johor terhadap kerjasama serantau dan potensi negeri ini sebagai destinasi pelancongan utama.
Dalam masa sama, Johor juga terus memacu inisiatif pelancongan mampan seperti amalan mesra alam, pembangunan komuniti, dan penerapan teknologi seperti AI dan AR bagi meningkatkan pengalaman pengunjung.
Sebagai penutup, negara seterusnya yang bakal menjadi Tuan Rumah bagi ATF 2026 adalah Filipina.