SAMBUTAN PESTA PONGGAL 2025 ANJURAN MIC BAHAGIAN JOHOR BAHRU
Sambutan yang diraikan bersama dengan Yang Berbahagia Datuk Yahya Jaafar, Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru di Dewan Serbaguna Rumah Pangsa Larkin, Jalan Garuda berlangsung dengan meriah.
Saya juga berkesempatan menyertai pertandingan tradisi masyarakat India yang penuh warna warni. Pelbagai juga aktiviti menarik yang telah dijalankan semasa acara berlangsung. Selain dari, memaparkan keindahan budaya India, ia juga dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum.
Antara pertandingan yang dijalankan adalah memasak, menari, dan permainan tradisional. Dengan pertandingan tersebut, ia lagi menambahkan keceriaan dan kegembiraan masyarakat setempat.