Majlis Penutupan Program STEM Open Day @ Fakulti Teknologi Kejuruteraan UTHM
Alhamdulillah pagi ini saya menghadiri Majlis Penutupan Program STEM Open Day @ Fakulti Teknologi Kejuruteraan yang melibatkan enam buah sekolah di UTHM Kampus Cawangan Pagoh.
Ini merupakan platform bagi para pelajar untuk mempelajari prinsip-prinsip asas dalam bidang STEM, di samping juga untuk memperkasakan minat dan pemahaman mereka terhadap sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik.
Saya yakin dan percaya ini antara langkah signifikan dalam memupuk minat dan membangunkan generasi muda yang berpengetahuan dalam bidang-bidang STEM yang menjadi tulang belakang kemajuan negara.
Kerajaan Negeri Johor juga berusaha sebaiknya membina ekosistem seperti JTDC yang bukan sekadar platform pekerjaan dan melatih modal insan yang berkemahiran tinggi, malah mampu menghasilkan tenaga kerja sedia ada dengan kemahiran-kemahiran baharu yang selaras dengan standard industri antarabangsa.
Turut hadir, YB Hajah Hasrunizah Hassan, ADUN Pulai Sebatang.