Isu Naik Taraf Sistem Parkir Berbayar di JB Sentral dan Parkir Jalan Tun Razak (Motosikal)
Assalamualaikum dan Salam Maju Johor
Tinjauan saya ke Bangunan Sultan Iskandar, BSI bagi melihat isu naik taraf sistem parkir berbayar di JB Sentral dan Parkir Jalan Tun Razak (motosikal) yang bermula secara berperingkat bermula Januari ini serta isu penamatan kontrak Polis Bantuan yang bertugas di BSI yang kini dibantu dengan kerjasama beberapa agensi lain seperti RELA, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Federal Reserve Unit (FRU) dan Polis Balai BSI.
Semoga segala usaha dan kerjasama setiap jabatan dan agensi yang terlibat dipermudahkan. Insha’Allah