Majlis Penyerahan Bantuan Kasih Johor (BKJ) 2025 Di Dewan Muafakat, Simpang Renggam
Syukur Alhamdulillah, saya berpeluang balik ke kawasan Simpang Renggam untuk bersama para veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pesara serta bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Majlis Penyerahan Bantuan Kasih Johor (BKJ) 2025 yang berlangsung di Dewan Muafakat, Simpang Renggam.
Majlis ini membawa makna yang besar buat negeri Johor. Ia bukan sekadar menyantuni golongan penerima, tetapi menzahirkan rasa hormat dan terima kasih Kerajaan Negeri terhadap wira-wira yang telah mencurahkan bakti menjaga keamanan, keselamatan dan kedaulatan tanah air. Program BKJ ini akan terus diperkasakan sebagai manifestasi semangat Johor yang prihatin, inklusif dan berdaya maju.
Dalam kesempatan yang ada, saya berkesempatan bersama keluarga besar Simpang Renggam dalam Program Bantuan Barang Dapur Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Ia bukan sekadar bantuan barangan, tetapi satu komitmen berterusan Kerajaan Negeri untuk terus mendekati mereka yang memerlukan dan memastikan kesejahteraan Bangsa Johor sentiasa diutamakan.
Saya sedar dan insaf bahawa bantuan ini mungkin tidak besar, namun ia tetap menjadi ikhtiar bersama untuk meringankan beban hidup rakyat yang memerlukan. Semoga bantuan yang disampaikan ini akan menjadi penyuntik semangat untuk terus memperkukuh budaya ihsan dan saling membantu antara satu sama lain. Insya-Allah.
Semoga dipermudahkan segala urusan.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
#BangsaJohor #MajuJohor #BantuanKasihJohor #SimpangRenggam #OHMachap




