Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Khas Bilik Guru Sekolah Agama Kerajaan Johor Daerah Johor Bahru

Pagi tadi saya berkesempatan menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Khas Bilik Guru Sekolah Agama Kerajaan Johor bagi daerah Johor Bahru yang berlangsung di Pejabat Pendidikan Agama Daerah Johor Bahru, Larkin.

Sebagaimana diumumkan YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi dalam Belanjawan Johor 2025, inisiatif bantuan Bilik Guru ini melibatkan peruntukan sebanyak RM8.9 juta kepada 1,779 sekolah termasuk Sekolah Agama Kerajaan Johor.

Sebanyak RM480,000.00 daripada jumlah itu diperuntukan kepada 96 buah Sekolah Agama Kerajaan Johor di mana setiap sekolah menerima sebanyak RM5,000.00.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Berserah