Sumbangan Kit ‘Welcome to School’ untuk Pelajar Baharu Sekolah-Sekolah Kebangsaan Felda DUN Tenggaroh

Pagi tadi saya berkesempatan, menyampaikan kit ‘Welcome To School’ kepada lebih 300 murid sekolah darjah satu, meliputi 7 buah Sekolah Kebangsaan Felda di DUN Tenggaroh.

Melalui inisiatif YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi, kerajaan Negeri Johor terus komited dalam memastikan kebajikan rakyat, khususnya dalam sektor pendidikan.

Sumbangan ini merupakan usaha kerajaan negeri dalam memastikan pelajar mendapat keperluan asas pendidikan yang mencukupi, sekaligus meringankan beban ibu bapa.

Sekolah yang menerima sumbangan ini termasuk:
✅ SK Felda Tenggaroh 1
✅ SK Felda Tenggaroh 2
✅ SK Felda Tenggaroh 3
✅ SK Felda Tenggaroh 4
✅ SK Felda Tenggaroh 5
✅ SK Felda Tenggaroh 6
✅ SK Felda Tenggaroh 7