Majlis Penyerahan Projek Siap PETRA kepada Kerajaan Negeri Johor
Alhamdulillah, selesai menghadiri Majlis Penyerahan Projek Siap PETRA kepada Kerajaan Negeri Johor yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Akmal Nasir, Timbalan Menteri Kementerian Peralihan Tenaga dan Tranformasi Air (PETRA) pada 12 Januari 2025 lalu.
Untuk makluman semua, sesi penyerahan ini melibatkan 6 projek siap yang bernilai RM186.1 Juta, dan antara 6 projek tersebut ialah;
i. Projek Menaiktaraf Empangan Bekok, Johor yang bernilai RM17.8Juta;
ii. Projek Menaiktaraf Infrastruktur Mekanikal dan Elektrikal untuk Kawalan Banjir Negeri Johor yang bernilai RM2.7Juta;
iii. Projek Penambakan Pemecah Ombak di Pengakaln Seri Menanti Laut, Muar bernilai RM1.8Juta;
iv. Projek Menaiktaraf Sistem Saliran Mesra Alam Sungai Suloh, Daerah Batu Pahat, Johor (Pakej 1) bernilai RM3.6Juta;
v. Projek Pembinaan U-shape Konkrit dari Sungai Batu Pahat ke Pekan Semerah – Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Mesra Alam Peserai dan Kerja-kerja berkaitan Daerah Batu Pahat, Johor yang bernilai RM7.7Juta;
vi. Projek Penyaluran Air Mentah Layang 2, Johor bernilai RM152.6Juta.
Projek-projek ini merupakan inisiatif berimpak tinggi oleh Kerajaan Persekutuan dalam mengurangkan risiko banjir serta meningkatkan bekalan air mentah sekali gus meningkatkan keupayaan untuk mengurus sumber air, terutama sekali pada musim kemarau dan kegunaan lain.
Kerajaan Negeri Johor mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Perseketuan melalui PETRA serta semua pihak yang terlibat kerana telah melaksanakan projek ini dengan jayanya. Komitmen dan kerjasama di antara kedua-dua pihak dalam memastikan pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
Selain itu juga, tertubuhnya Jawatankuasa Khas Task Force Isu Bekalan Air dan Tebatan Banjir adalah dengan harapan bahawa pelaksanaan projek Tebatan Banjir dapat disiapkan lebih awal justeru dapat mengurangkan kesan negatif ekoran bencana alam, banjir.
Semoga kerjasama dua hala ini dapat diteruskan di masa hadapan demi kemajuan negeri dan negara kita tercinta. Saya juga berharap agar rakyat Johor dapat menjalani hari mereka tanpa perlu runsing dengan isu banjir di kawasan mereka.