Meninjau Keadaan Pesisir Pantai di Pekan Sungai Rengit dan Pantai Sungai Musoh

Pagi tadi, saya berkesempatan meninjau keadaan pesisir pantai di Pekan Sungai Rengit dan Pantai Sungai Musoh yang terjejas akibat fenomena air pasang besar, hujan berterusan, dan pengaruh musim monsun. Keadaan ini telah menyebabkan hakisan pantai yang semakin parah, sekali gus mengancam ekosistem setempat, infrastruktur, serta keselamatan penduduk di kawasan ini.

Saya menyeru agar pihak berkaitan memberikan perhatian penuh terhadap isu ini dan segera mengambil tindakan sewajarnya demi kelestarian dan keselamatan kita semua.