MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2025 ANJURAN YAYASAN SEJAHTERA KULAI
Dewanraya Putra, Bandar Putra
Semalam telah berlangsung Majlis Penyerahan Sumbangan Sempena Sambutan Tahun Baru Cina bagi tahun 2025 Anjuran Yayasan Sejahtera Kulai.
Melalui Program ini telah diperuntukkan sebanyak RM 60,000.00 ,dan seramai 300 orang menerima manafaat tersebut. penerima Sumbangan Membawa Pulang Wang Tunai,Air Kotak 1 Katon, limau 1 kotak dan Baucer Bernilai RM 75.00 seorang, Baucer Beli Belah tersebut telah disumbangkan Oleh Commune Mall. Terima Kasih Kepada Commune Mall kerana turut serta menyumbang kepada mereka yang memerlukan.
Rasa tanggungjawab sosial ini membuktikan bahawa Kerajaan Dibawah Tadbir Urus YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor Komited dalam membela Nasib Rakyat terutama Bangsa Johor, inisiatif ini bukan sahaja memberikan bantuan material tetapi juga menjadi simbol solidariti dan keprihatinan kepada golongan yang memerlukan.
Moga dengan sumbangan yang disampaikan dapat mengurangkan beban mereka dalam persiapan menyambut perayaan Tahun Baru cina.Tahun ini kita akan sambut dengan meriah dan satu hati. GONG XI FA CAI.
Turut Hadir Bersama, En Mohd Fadil Misnan Ketua WHIP MPKu, En Mohd Halim Ridhauddin, Wakil YDP MPKu, En Hairol Anuar,Ketua Kampung Pertanian, En Chen Fan Chong, Ketua Masyarakat Cina Kulai, Miss Xyan Tan Wakil Commune Mall, serta barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sejahtera Kulai, Para Jemputan dan Penerima Sumbangan.
ALLAH PELIHARAKAN SULTAN
ALLAH BERKATI JOHOR