MAJLIS PERASMIAN ASEAN TOURISM FORUM 2025 & PRA-PELANCARAN LOGO TAHUN MELAWAT JOHOR 2026
Majlis Perasmian ASEAN Tourism Forum 2025 telah disempurnakan malam ini oleh YAB Dato’ Seri Fadhillah bin Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang telah diiringi oleh YB Dato’ Seri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya serta YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi di Persada Johor International Convention Centre. Turut hadir bersama, Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bkaar, Ketua Setiausaha Negara dan Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.
Pelancaran ini sangat bermakna malam ini bukan sahaja buat Pelancaran ATF 2025 malah Logo Tahun Melawat Johor 2026 juga telah dilancarkan secara rasmi hari ini dihadapan delegasi-delegasi tempatan dan antarabangsa yang hampir 1,000 orang di Persada Johor.
Elemen-elemen utama bagi logo Tahun Melawat Johor 2026 iaitu melambangkan elemen Sejarah, Budaya dan Ekonomi Johor dimana ikonik Bangunan Sultan Ibrahim menjadi tumpuan utama kepada elemen logo Tahun Melawat Johor 2026 selain logo harimau dan juga nanas yang melambangkan kekuatan Negeri Johor ketika ini.
Pelancaran ini amat bermakna buat Kerajaan Negeri Johor kerana telah disempurnakan juga oleh YAB Timbalan Perdana Menteri malam ini di Persada Johor dan sekaligus telah mempromosikan Negeri Johor bagi Tahun Melawat Johor 2026 bagi pelancong tempatan dan antarabangsa