Program Semarak Subuh Johor di Masjid Kampung Pertanian, Kulai

Salam Hujung Minggu dan Salam Maju Johor. Syukur ke hadrat ILLAHI atas limpah dan kurniaan nikmat rahmat ALLAH S.W.T.

Daripada Uthman bin al-Affan RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah, seumpama dia telah solat separuh daripada malam dan sesiapa yang solat Subuh secara berjemaah, seumpama dia telah solat sepanjang malam.” [Riwayat Muslim (656)]

Alhamdulillah, Pagi ini Program #semaraksubuhjohor2025 berjalan mengikut yang telah dirancang. Moga menjadi permulaan hari yang baik di DUN Bukit Permai.

Semoga program #SemarakSubuhJohor cetusan idea YAB Dato Onn Hafiz Ghazi Menteri Besar Johor terus bersemarak dan Johor terus diberkati.
Alhamdulillah subuh tadi Semarak Subuh Johor yang memasuki Siri ke 6 di kawasan saya DUN BUKIT PERMAI telah dilaksanakan di MASJID KG PERTANIAN, KULAI.

Mencatatkan jumlah kehadiran 200 Jemaah bersolat Subuh secara berjemaah bersama.

Kanak-kanak juga tidak kurang hebatnya dengan kehadiran lebih 37 orang. Alhamdulillah anak-anak ini juga diberi sedikit saguhati diatas usaha anak-anak ini bangun awal dan bersama jemaah di masjid.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
________________________