Majlis Perasmian Penutup Perkhemahan “Kembara Magika DNA SEBARU” Tahun 2024/2025

Alhamdulillah pagi ini memenuhi undangan ke Majlis Perasmian Penutup Perkhemahan “Kembara Magika DNA SEBARU” Tahun 2024/2025 di Dewan Darussalam, SK Segamat Baru, Segamat.

Program ini bertujuan untuk menyemai semangat perpaduan, cinta alam sekitar dan sikap bertanggungjawab dalam melaksanakan apa jua tugas yang diberikan.

Hal ini juga sekaligus mempersiapkan diri murid untuk berdepan dengan cabaran kehidupan di masa hadapan yang lebih berat di alam sekolah menengah.

Diharapkan para peserta yang telah menyertai ini dapat mengasah kemahiran diri terutamanya dalam aspek kepimpinan, kerjasama, serta membina keyakinan diri untuk menghadapi cabaran yang lebih besar di masa hadapan selaras dengan inisiatif pembangunan Karakter Murid Johor yang berwibawa.