Program Semarak Subuh Johor di Masjid Al Ekhwan Gugusan Adela

Alhamdulillah, Program Semarak Subuh Johor bagi DUN Tanjung Surat telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Masjid Al Ekhwan Gugusan Adela.

Majlis dimulakan dengan penuh keberkatan melalui bacaan 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir Surah Al-Kahfi, diikuti dengan sesi tazkirah Subuh yang memberikan pengisian rohani dan ilmu yang bermanfaat kepada para jemaah. Seusai program, majlis diteruskan dengan sarapan bersama-sama jemaah, yang turut mengeratkan ukhuwah dan semangat kekeluargaan dalam komuniti.

Semoga program seperti ini terus mendapat sambutan dan menjadi pemangkin kepada pengukuhan nilai-nilai Islam di kalangan masyarakat setempat.