Majlis Perasmian Penutup Program Pemerkasaan Orang Kurang Upaya dan Wanita (PESONA) 2025

Saya telah menghadiri Majlis Perasmian Penutup Program Pemerkasaan Orang Kurang Upaya dan Wanita (PESONA) Sempena Sambutan Hari OKU Sedunia & Hari Wanita 2025.

Program ini merupakan gabungan pelbagai program anjuran bersama di bawah beberapa agensi. Antaranya adalah Pelancaran Belia OKU Lestari Empowerment Hub (BOLEH), Larian Amal PESONA “Leaving No One Behind”, Penyerahan MOU Sinergi Mobiliti OKU, dan Kembara Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor (KAWAN) Daerah Johor Bahru.

Tahniah dan Syabas kepada barisan penganjur utama iaitu Sireh Park, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT), Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Persatuan Rakan Celik PIPI , JB Daerah Johor Bahru, Persatuan Sokongan Orang Kurang Upaya Johor Bahru-PSOKUJB Daerah Johor Bahru, Persatuan Sindrom Down Negeri Johor ‘Kerana Sayang, Kita Bergerak Bersama’, Persatuan JOBADA, agensi dan NGO lain yang telah bertungkus-lumus merancang dan menjayakan program pada hari ini.

Saya dimaklumkan banyak aktiviti menarik yang telah dijalankan seperti jualan amal, Fun Run dan Fun Walk termasuklah peserta dari PDK bersama pengiring/ keluarga, Pertandingan Mewarna (kategori normal dan OKU), Taklimat Wcare, Taklimat Kesedaran Orang Kurang Upaya, dan pemeriksaan kesihatan.

Justeru itu inisiatif seperti ini sangat saya galakkan bagi membantu Kerajaan Negeri dalam menyantuni golongan ini selain memberi sokongan moral dan bantuan-bantuan lain. Semua pihak sama ada sektor kerajaan, swasta, mahupun komuniti adalah amat penting untuk memastikan kejayaan usaha ini.

Turut hadir sama YBhg. En. Nor Hisham Hussien, Penasihat The Nusajaya Natural Heritage Trust; Puan Noor Faezah binti Md Esa, Ketua Pegawai Eksekutif YPKDT; Puan Muzairiah binti Bajuri, Timbalan Pengarah JKM Negeri Johor – JKMNJ; Puan Lin Chern Fang, Chief Marketing Officer Handal Indah Sdn Bhd; En. Dzulkarnain bin Bujah @ Jaafar, Pengerusi Persatuan Celik PIPI.

Allah Peliharakan sultan
Allah Selamatkan Johor