Sembang Santai & Ngeteh Bersama Pemandu Teksi & Rider e-Hailing

Petang tadi saya berkesempatan hadir ke Dewan Raya Kampung Dato’ Onn, Larkin Jaya bagi menyantuni pemandu-pemandu teksi dan juga ‘rider-rider’ Grab yang mencari rezeki sekitar DUN Larkin dan juga kawasan Johor Bahru.

Alhamdulillah, turut diadakan sedikit jamuan selain penyampaian Bakul Kasih Johor kepada semua yang hadir. Diharapkan sumbangan kecil ini sedikit sebanyak meringankan sedikit bebanan mereka dalam membuat persiapan menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Sesungguhnya perjuangan dan pengorbanan mereka dalam mencari rezeki dan penyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat tidak dinafikan, malah jauh sekali dipinggirkan.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Berserah