Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MCA Johor 2025

Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA menjadi simbol perpaduan dan keharmonian masyarakat Johor, menghimpunkan pemimpin serta rakyat dalam sambutan yang meriah dan bermakna.

Majlis yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi, turut dihadiri oleh barisan pimpinan negeri Johor, termasuk Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Presiden merangkap Pengerusi MCA Johor, serta barisan pemimpin negeri Johor yang lain.

Sungguh meriah dengan kehadiran ramai tetamu yang hadir sambil dihidangkan dengan juadah tradisi dan persembahan kebudayaan dari masyarakat Cina.

Saya juga ingin mengucapkan, Xīn Nián Kuài Lè (新年快乐)! Selamat Tahun Baru Cina!

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor