Rutin Xtif Johor & Sesi Perjumpaan bersama Koperasi Komuniti Gemilang Pontian Bhd
Pagi tadi seperti biasa saya meneruskan rutin Xtif Johor iaitu “brisk walk” di TMIYC JOHOR BAHRU at Hutan Bandar sebelum memulakan tugasan rasmi hari ini.
Selesai “brisk walk”, saya kemudian meluangkan sedikit masa bertemu dengan barisan kepimpinan Koperasi Komuniti Gemilang Pontian Berhad yang diketuai Pengerusinya, Tn Hj Abdullah Abd Rahman.
Pada 27 Mac ini pihak Koperasi Komuniti Gemilang Pontian Bhd ini ada menjemput saya bagi merasmikan Pejabat baharunya dan projek resort agro diberi nama Tambo Orchard.
Saya mengambil pendekatan untuk berjumpa terlebih dahulu pihak koperasi ini bagi mendengar sendiri mengenai perancangan dan projek perniagaan yang dilaksanakan mereka.
Insya-Allah, pihak saya menerusi SKM akan membantu memudahcara dan memberikan kerjasama yang baik bagi membolehkan Koperasi Komuniti Gemilang Pontian Bhd ini dapat bergerak berdaya saing selari dengan koperasi-koperasi besar lain di negeri Johor.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Berserah