Santapan Malam Rejimen Gerak Khas (RGK) ke-60
YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor berangkat ke Majlis Santapan Malam Rejimen Gerak Khas (RGK) ke-60.
YAM Tunku Abdul Rahman berangkat sebagai wakil rasmi DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor pada majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA, Johor Bahru.
Berangkat sama, YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.
Tunku Panglima Johor turut berkenan memimpin minum ucap selamat kepada RGK dan memotong kek ulang tahun RGK.




