Majlis Perasmian 100 Tahun Penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Johor & Multaqa Ulama’ Darul Takzim Kali Ke-9

Menjunjung kasih Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Al-Haj, Tunku Temenggong Johor wakil rasmi Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas limpah perkenan berangkat ke Majlis Perasmian 100 Tahun Penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Johor & Multaqa Ulama’ Darul Takzim Kali Ke-9 yang berlangsung di Persada Johor International Convention Centre.

Syukur Alhamdulillah, sejak ditubuhkan pada tahun 1925, MAINJ telah membuktikan peranannya sebagai institusi agama yang bukan sahaja menjaga syiar Islam, tetapi juga memperkukuh pentadbiran zakat, wakaf, baitulmal dan pendidikan Islam di Johor. Hasilnya, ribuan asnaf, pelajar, imam, guru serta masyarakat umum mendapat manfaat berterusan.

Johor turut diangkat menjadi antara negeri contoh terbaik dalam pengurusan zakat. Kutipan yang hanya berjumlah RM40 juta pada tahun 2000 telah melonjak kepada lebih RM400 juta pada tahun 2024. Pada masa yang sama, ribuan hektar tanah wakaf berjaya diurus secara profesional dan dibangunkan menjadi masjid, sekolah agama, hospital, universiti serta kompleks perniagaan – menzahirkan konsep amal jariah yang memberi pulangan berterusan kepada ummah.

Seratus tahun yang lalu adalah sejarah penuh kebanggaan, tetapi seratus tahun yang akan datang adalah amanah yang mesti dipikul dengan lebih berani. Semoga sambutan 100 tahun MAINJ menjadi titik tolak baharu untuk memperkasa syiar Islam hingga ke akhir zaman. Insya-Allah.

Turut berangkat sama, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor. 

Turut hadir Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Dato’ Dr. Haji Abdul Rahim bin Ramli; Setiausaha Kerajaan Johor, Dato’ Haji Asman Shah bin Abd. Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tuan Haji Mohd Fared bin Haji Mohd Khalid; Mufti Negeri Johor, Dato’ Haji Yahya bin Ahmad; Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Dato’ Dr. Haji Nooh bin Gadot; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, Tuan Haji Nasri bin Md Ali.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor 

#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor