Majlis Serahan Rumah Baikpulih & Bina Baharu
Petang tadi selesai tugasan rasmi di hari Jumaat pertama 2025, saya terus ke Kampung Melayu Majidi bagi menyempurnakan Majlis Serahan Rumah Bailpulih dan Bina Baharu Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ).
Sebanyak tiga kediaman terlibat iaitu dua baikpulih masing-masing di Lorong Berlian dan Jalan Utama. Satu lagi kediaman bina baharu adalah di Jalan Nasib.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Berserah