Solat Jumaat di Surau Raudhatul Indah, Bukit Indah Johor Bahru
Saya ke Surau Raudhatul Indah, Bukit Indah Johor Bahru untuk solat Jumaat
Surau ini adalah di antara 20 lokasi yang telah diperkenan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Sultan Ibrahim untuk dilaksanakan ibadah solat Jumaat bermula tahun 2025 ini.
Dua buah sekolah berhampiran iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Indah dan Sekolah Agama Bukit Indah menerima manfaat apabila para pelajar guru-guru serta para penjaga mereka kita sudah boleh menunaikan solat Jumaat di surau ini.
Yang penting, keselamatan murid-murid lebih terjaga kerana kawasan sekolah dan surau amat dekat.
Ia memberi banyak kelegaan kepada ibu bapa dan guru-guru dalam mengurus pergerakan murid-murid pada setiap tamat sesi persekolahan khususnya pada hari Jumaat.
Penduduk Taman Bukit Indah di sini juga turut merasa kebaikannya apabila dapat mengerjakan fardhu Jumaat di lokasi yang begitu hampir dengan kawasan perumahan mereka.
Alhamdulillah 
