Maju Johor 2030 Bukan Sekadar Sebuah Visi

Syukur Alhamdulillah. Hari pertama tahun 2025, saya berpeluang bertemu dan berkongsi amanat dengan barisan EXCO, pegawai-pegawai Pejabat Menteri Besar Johor, pegawai-pegawai khas EXCO, dan Johor Apprentice.

2025 akan menjadi permulaan kepada sebuah era baru bagi Johor. Tahun ini adalah titik tolak yang akan menentukan sama ada kita mampu merealisasikan impian untuk menjadikan Johor sebuah negeri maju menjelang 2030.

Maju Johor 2030 bukan sekadar sebuah visi, tetapi sebuah janji untuk pertumbuhan berterusan, perpaduan utuh, dan peningkatan kualiti hidup untuk setiap rakyat Johor.

Kita semua mempunyai peranan yang besar untuk merealisasikan agenda ini. Saya menyeru agar kita bersama-sama membangunkan Johor sebagai sebuah negeri yang bukan sahaja maju secara infrastruktur dan ekonomi, tetapi juga sebuah negeri yang menjadikan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan.

Marilah kita bekerja secara berjemaah, merapatkan saf, dan menjadikan usaha ini sebagai satu legasi untuk generasi akan datang. Insya-Allah.
Sama-sama kita doakan agar negeri Johor terus dirahmati dan dilindungi oleh Allah SWT.

Selamat Tahun Baru 2025 semua!
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor