Malam Santai BBQ Peladang Muda dan Bual Santai Bersama Penduduk Taman Sri Sulong
Kita layan kambing bakar dengan otak-otak kat Malam Santai BBQ Peladang Muda & PPK Simpang Lima, Izzat Ariss Han Yusof dan kawan-kawan Peladang Muda yang anjurkan. Tahniah, program yang baik dan mengenyangkan.
Kemudian kita ke Taman Sri Sulong ada Program Bual Santai dengan penduduk di sini. Dengan lebih 5,000 orang penghuni, kawasan ini memiliki jumlah penduduk teramai dalam satu kawasan di DUN Semerah.
Kita dengar aduan, saranan dan cadangan dari orang taman kita. Soal naik taraf kemudahan sedia ada, mempelbagaikan aktiviti masyarakat termasuk kelas tuisyen percuma anjuran belia Hazrul Haq bersama rakan-rakan, mengimarahkan Masjid, soal keselamatan taman dan sehingga hasrat agar dibina mini stadium di sini turut kita bincangkan.
Yang seronoknya ialah semua wakil zon dalam taman kita ini hadir dan bersuara.
Terima kasih kepada Tok Jun Zulkurnain Kamisan Ketua UMNO Bahagian Tok N Datuk Seri Noraini Ahmad Ahli Parlimen Pt Sulong Hj Hamdan Ayub Ahli Majlis Majlis Perbandaran Batu Pahat Cikgu Zainuddin Basiran Ketua Penduduk taman Tok Jumaat Ketua Kampung serta semua yang terus berusaha untuk kepentingan dan kebajikan taman kita ini.
Alhamdulillah, sebahagiannya telah dapat kita buat. Sebenarnya banyak lagi yang perlu kita laksanakan.
Yok kita usahakannya bersama-sama atas semangat rukun dan muhibbah. Kita kan orang Semerah.
Dr Mohammad Aswad Hamiludin Bin Deman Ejal Khalid Mohd Faridzul Kamal Fauzi Bombey Amien Suhaimie Imam Halim Rahmat Mastor Mohd Arif dan sahabat yang lain ada sama.