Tahniah JDT Kekal Dominasi!!! 11 Kali Berturut-turut Juarai Liga Super Malaysia

Selepas dominasi sedekad tahun lalu, Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi mencipta sejarah malam ini dan meneruskan kesinambungan kejayaan apabila menjuarai Liga Super Malaysia 11 kali berturut-turut.

Dua jaringan kemenangan malam ini menentang Perak FC di Stadium Sultan Ibrahim menjadi saksi dan mengesahkan kejuaraan ke-11 JDT

Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super sudah, seterusnya misi Piala Malaysia bagi melengkapkan gelaran ‘triple quadruple’.

Menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor HRH Crown Prince of Johor yang sememangnya menjadi tunggak kejayaan demi kejayaan dikecapi pasukan JDT. Patik dan seluruh Bangsa Johor menjunjung kasih ke atas usaha dan insiatif DYAM Tunku memastikan JDT terus mencipta nama dan mengharumkan nama Johor.

Buat seluruh “pemain ke-12” JDT, kejayaan ini juga kejayaan untuk anda semua yang tidak jemu dan terus bersemangat menyokong pasukan JDT tidak kira di laman sendiri mahupun di laman lawan. Tahniah dan syabas peminat JDT!!!

Luaskan Kuasamu Johor!!!!!

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor