MEMENUHI UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN YANG PENUH ADAT RESAM

Terima kasih kepada Tuan Rumah, Encik PM Ravi atas kesudian menjemput ke hari bahagia anakandanya yang tersayang di Dewan Sri Maha Mariamman Kuil, Taman Megah Ria, semalam.

Majlis yang penuh dengan adat resam tradisional ini juga, diwarnai dengan pelbagai acara yang menarik. Kehadiran para tetamu memberikan suasana lebih meriah, disamping kebahagiaan yang diukir dari wajah masing-masing.

Selamat pengantin baru buat kedua-dua pasangan. Semoga ikatan kekal sehingga ke anak cucu.