Mendirikan Solat Fardhu Jumaat di Surau Kariah, Musolla Sekolah dan Kampung Orang Asli

KEBENARAN MENDIRIKAN SOLAT FARDHU JUMAAT DI SURAU KARIAH, MUSOLLA SEKOLAH DAN KAMPUNG ORANG ASLI

Menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Sultan Ibrahim, bahawa Baginda telah berkenan dan memberi kebenaran bagi 20 lokasi baru untuk didirikan solat fardhu Jumaat seperti berikut :-

– 10 buah surau kariah;
– 9 buah musolla sekolah kebangsaan/tahfz; dan
– 1 musolla kampung orang asli

Ketetapan ini berkuatkuasa mulai hari Jumaat 3 Januari 2025 berdasarkan syarat dan pematuhan peraturan yang berkaitan

Keadaan ini akan memberi kemudahan kepada orang ramai termasuk ibu bapa, para pelajar juga para pekerja sektor awam dan swasta untuk melaksanakan kewajipan solat fardhu Jumaat di kawasan berdekatan, berikutan perubahan cuti hujung minggu 2025 yang menjadikan hari Jumaat sebagai hari bekerja bagi Negeri Johor.

Sebarkan🤲