PROGRAM SEMARAK SUBUH TAHUN 2025 DI MASJID KOTA ISKANDAR
PROGRAM SEMARAK SUBUH TAHUN 2025 DI MASJID KOTA ISKANDAR, ISKANDAR PUTERI
Jumaat | 3 Januari 2025
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana kita masih bernafas di bumi Allah SWT untuk bersujud dan menunaikan ibadah.
Pagi ini saya bersama YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi dan rakan-rakan EXCO bersama-sama menghadiri program Semarak Subuh Johor 2025 yang berlangsung di Masjid Kota Iskandar.
Seusai selesai solat subuh berjemaah diteruskan lagi dengan bacaan 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir Surah Al-Kahfi. Kami juga mendengar Tausiyah yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Taufik bin Dato’ Kiyai Haji A.Shamsudin dan bersarapan pagi bersama semua jemaah yang hadir.
Semoga kita semua mendapat barakah di pembuka Jumaat minggu pertama pada tahun ini dan semoga dipermudah segala urusan kepada semua. Aamiin Ya Rabb 


Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor