Menerima Kunjungan Encik Chee Hong Tat, Menteri Pembangunan Negara Republik Singapura Bersama Delegasi Beliau Di Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor, Saujana Johor Bahru

Syukur Alhamdulillah, saya berbesar hati menerima kunjungan Encik Chee Hong Tat, Menteri Pembangunan Negara Republik Singapura bersama delegasi beliau di Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor, Saujana Johor Bahru.

Pertemuan ini mengukuhkan hubungan erat antara Johor dan Singapura, khususnya melalui kerangka kolaborasi yang sedang dipacu di bawah Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ). Johor dan Singapura memiliki kelebihan kompetitif yang saling melengkapi. Penyelarasan dua kekuatan ini akan menghasilkan keupayaan ekonomi yang lebih strategik dan berdaya saing pada peringkat antarabangsa.

JS-SEZ dijangka mampu mempercepat kelulusan pelaburan, mengurangkan halangan perdagangan dan memperluas akses kepada pasaran global, seterusnya mewujudkan lebih banyak pekerjaan premium untuk Bangsa Johor dan rakyat Singapura.

Kerajaan Negeri amat menghargai komitmen serta keterbukaan pihak Singapura untuk terus memperkukuh kerjasama rentas sempadan demi manfaat bersama. Johor dan Singapura telah membuktikan bahawa kejayaan ekonomi bukanlah persaingan, sebaliknya perkongsian strategik yang memberi impak kepada seluruh wilayah.

Semoga hubungan istimewa ini akan terus diperkasa demi sebuah masa depan yang lebih makmur, berdaya tahan dan sejahtera untuk Johor dan Singapura. Insya-Allah.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor

#BangsaJohor #MajuJohor #JSSEZ #JTDC #IMFCJ