Johor Diiktiraf Sebagai Smart State, Malaysia
Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, yang sentiasa menekankan kepentingan transformasi digital serta kesejahteraan rakyat sebagai asas kemakmuran negeri.
Syukur Alhamdulillah. memahat sejarah sebagai negeri peneraju dalam agenda bandar pintar apabila Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) muncul sebagai satu-satunya Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia yang menerima penarafan Tahap 3: Leading Smart City berdasarkan penilaian Smart City Rating Malaysia 2025.
Lebih membanggakan, Johor turut menjadi negeri pertama di Malaysia diiktiraf sebagai Smart State, selepas kesemua 16 PBT mencapai sekurang-kurangnya Tahap 1: Smart City Early Adopter. Pencapaian ini direkodkan lima tahun lebih awal daripada sasaran asal Blueprint Bandar Pintar Johor 2030, sekali gus membuktikan keberkesanan strategi dan keupayaan pelaksanaan di lapangan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada YB Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, MBJB, PlanMalaysia@Johor, seluruh PBT serta rakan-rakan strategik yang telah memperkukuh pelbagai inisiatif pintar di Johor. Kejayaan ini menjadi pemangkin penting dalam memperkasa ekosistem digital dan tadbir urus bandar sekali gus memperkukuh pelaksanaan JS-SEZ sebagai enjin pertumbuhan ekonomi serantau.
Semoga kejayaan ini terus mendorong usaha menjadikan Johor sebagai negeri yang maju, makmur dan pintar demi kesejahteraan seluruh Bangsa Johor. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor




