Menerima Kunjungan Menteri Negara (Perdagangan & Perusahaan) Singapura, Encik Alvin Tan
Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan menerima kunjungan daripada Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan) Singapura, Encik Alvin Tan, bagi mengeratkan lagi hubungan antara Johor dan Singapura.
Pertemuan ini memberi ruang kepada perbincangan mengenai usaha mempertingkat kelancaran pergerakan rentas sempadan, kemajuan projek RTS, penambahbaikan kecekapan sistem CIQ, serta pengukuhan kerjasama ekonomi melalui Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang semakin mendapat perhatian rakyat dan pelabur.
Insya-Allah, dengan kerjasama yang erat dan komitmen berterusan kedua-dua pihak, Johor–Singapura akan terus menjadi model integrasi serantau yang progresif, seimbang dan memberi manfaat langsung kepada rakyat di kedua-dua wilayah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah




