Menerima Kunjungan Yang Terhormat Bapak Sigit Suryantoro Widiyanto, Konsul Jeneral Republik Indonesia Di Johor Bahru
Syukur Alhamdulillah, saya menerima kunjungan Yang Terhormat Bapak Sigit Suryantoro Widiyanto, Konsul Jeneral Republik Indonesia di Johor Bahru bagi membincangkan keadaan jerebu rentas sempadan yang ketika ini turut memberi kesan kepada Johor, khususnya terhadap kesihatan rakyat dan kualiti udara di beberapa kawasan.
Saya menyampaikan kebimbangan Kerajaan Negeri dan berharap segala usaha untuk menangani punca jerebu dapat terus dipergiatkan. Dalam perkara ini, pendekatan kita bukan untuk menuding jari kepada mana-mana pihak, sebaliknya mencari jalan penyelesaian bersama kerana kesannya sudah melangkaui sempadan sesebuah negara.
Apabila pencemaran udara merentasi sempadan dan memberi kesan kepada negara-negara jiran termasuk Malaysia, sudah tentu isu ini memerlukan kerjasama serantau yang lebih erat demi kepentingan bersama.
Atas sebab itu, saya berpandangan ASEAN perlu memainkan peranan yang lebih aktif dan mengadakan satu mesyuarat tergempar bagi menangani krisis ini secara kolektif.
Negara-negara ASEAN yang mempunyai kepakaran, aset dan keupayaan boleh tampil membantu mengikut keperluan serta melalui penyelarasan dan persetujuan bersama. Dengan kerjasama yang baik, usaha pencegahan, pemantauan dan tindak balas dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan berkesan demi kesejahteraan rakyat di seluruh rantau ini.
Semoga cadangan ini dapat dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan negara-negara ASEAN bagi membantu memulihkan keadaan secepat mungkin dan memastikan rakyat dapat kembali menjalani kehidupan dalam persekitaran yang lebih selamat dan sihat. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor




