Mengiringi YB Dato’ Sri Azalina Othman Said dalam Menyantuni Mangsa Banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Teluk Ramunia
Mengiringi YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Merangkap Ahli Parlimen Pengerang menyantuni mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Teluk Ramunia.
Dalam lawatan ini, YB Dato’ Sri Azalina menyampaikan sumbangan berupa pek makanan, kit banjir, kepada mangsa banjir yang berada di PPS tersebut. Sumbangan ini diharap dapat memberikan sedikit keselesaan kepada mereka yang terjejas akibat musibah banjir.
Semoga mangsa banjir terus tabah menghadapi ujian ini, dan marilah kita bersama-sama berganding bahu membantu mereka untuk bangkit kembali.