Majlis Penyerahan Bahan Tanaman Projek Perintis MARDI
Majlis Penyerahan Bahan Tanaman Projek Perintis MARDI telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Azalina Othman Said Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Intitusi) Merangkap Ahli Parlimen Pengerang.
Program ini merupakan satu inisiatif penting untuk memperkenalkan projek perintis yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Program ini bertujuan untuk memperkasakan sektor pertanian dengan pengenalan bahan tanaman berkualiti tinggi bagi meningkatkan hasil dan produktiviti pertanian tempatan.

Majlis ini juga dijangka dapat memupuk kerjasama erat antara MARDI, petani, dan pihak berkepentingan lain dalam sektor pertanian khususnya kepada penduduk Pengerang.