Menonton Perlawanan Bola Sepak di Stadium Sultan Ibrahim
Hari ini kita menyaksikan perlawanan bola sepak, tetapi sempat juga singgah di JDT Viking. Yang lebih membanggakan, ada anak jati Semerah yang bertugas di sini!
Amy dari Batu Puteh dan Wan dari Parit Sulong merupakan sebahagian daripada pasukan yang mengurus pusat gunting rambut di Stadium Sultan Ibrahim. Melihat orang Semerah diberi kepercayaan dalam perkhidmatan di stadium ini benar-benar membanggakan.
Syabas kepada mereka atas dedikasi dan komitmen!