Kunjung Hormat Grab Malaysia bersama YB Exco

Selesai majlis penyerahan Insentif Khas Bilik Guru Sekolah Agama Johor, saya terus ke Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Larkin untuk bertemu dengan delegasi dari syarikat perkhidmatan e-hailing, Grab Malaysia.

Banyak perkara dibincangkan khususnya jalinan kerjasama strategik dan sinergi yang boleh dilaksanakan bersama khususnya dalam sektor pembangunan usahawan, kumpulan belia dan juga penganjuran acara sukan.

Insya-Allah, satu perancangan ‘quick win’ jangka pendek akan diusahakan dalam masa terdekat dan pertemuan ini juga sebagai satu permulaan untuk kerjasama lebih meluas bersama Grab Malaysia selepas ini.

Turut bersama dalam perjumpaan tadi ialah Pengurus JETCO – Johor Economic, Tourism and Cultural Office Singapore, Encik Mohamad Iskandar bin Omar; En Ebi Azly Abdullah, Director of Public Affairs Grab Malaysia; Kamil Darman, Senior Manager Public Affairs GRAB Malaysia dan Jonathan Neo, Merchant Acquisition Lead Southern Region dan Cik Siti Nurizyanti binti Harun, Eksekutif Pembangunan Usahawan, PUJB.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Berserah