Menyantuni 180 Keluarga Mangsa Banjir di Empat Buah Pusat Pemindahan Sementara; (PPS) Kota Tinggi
Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk bersama-sama YAB Menteri Besar Johor menyantuni 180 keluarga mangsa banjir di empat buah Pusat Pemindahan Sementara; (PPS) Kota Tinggi, PPS SJKC New Kota, PPS SK Datuk Usman Awang, PPS SK Laksamana dan PPS SRAB Kota Tinggi.
Dalam kesempatan itu, YAB Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi ada memberi taklimat berkenan tiga Projek Tebatan Banjir di Sungai Johor dan Sungai Pemandi. Penggesaan dalam mempercepatkan kerja-kerja pelaksanaan projek dari YAB Menteri Besar disambut baik, dan akan saya usahakan untuk memastikan mereka yang terlibat untuk bergerak selaras dengan permintaan YAB Menteri Besar agar impak banjir dapat dikurangkan sejurus dapat mengurangkan kadar keterlibatan nyawa penduduk setempat.
Semua warga Johor diminta terus berjaga-jaga dan sentiasa dalam keadaan siap sedia terutamanya mereka yang tinggal di kawasan yang kerap berlaku banjir. Ini kerana, MetMalaysia telah memaklumkan bahawa terdapatnya gelombang kedua hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Johor iaitu pada 15 hingga 18 Januari ini.
Sekiranya perlu dipindahkan ke PPS berdekatan, diminta untuk memberi kerjasama yang baik serta mendengar arahan daripada pihak berkuasa agar usaha pengurusan banjir dapat berjalan lancar dan mengurangkan risiko ragut nyawa.
Akhir sekali, saya berharap semoga segala urusan mereka yang terlibat dipermudahkan. Daripada pihak saya, usaha dalam mengurangkan isu banjir akan saya tekankan demi kemaslahatan warga Johor.