Majlis Apresiasi SK Bandar Pontian 2024/2025 bersama YB Puan Hajah Hasrunizah Hassan
Alhamdulillah berkesempatan menghadiri ke Majlis Apresiasi SK Bandar Pontian 2024/2025 bersama YB Puan Hajah Hasrunizah Hassan, ADUN Pulai Sebatang.
Syabas dan Tahniah kepada semua murid yang menerima anugerah pada hari ini. Segala usaha gigih dan disiplin yang anda tunjukkan sepanjang tahun telah membuahkan hasil terbaik.
Semoga kejayaan yang diperolehi ini dijadikan sebagai motivasi untuk anda terus berusaha mencapai impian yang diimpikan pada masa akan datang.
Ingat, Pendidikan bukan sahaja menjadi tiket kepada masa depan yang cerah, tetapi juga asas kepada pembentukan individu yang bertanggungjawab dan berdaya saing di peringkat global.