MESYUARAT BERSAMA JKM BAGI PENGEMASKINIAN LAPORAN PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS)

 

Saya telah mempengerusikan mesyuarat bersama JKM Negeri Johor – JKMNJ pada hari ini untuk melihat pengemaskinian laporan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Johor. Berdasarkan laporan status banjir Negeri Johor, kini sudah tiada PPS yang dibuka.

Saya juga melawat bilik gerakan JKM Negeri Johor di Kompleks Penyayang dan melihat sendiri sumbangan-sumbangan yang disediakan untuk mangsa banjir termasuk retort food, inflatable pillow, dan kit kebersihan. Terima kasih saya ucapkan kepada petugas-petugas JKM dan semua yang terlibat semasa PPS dibuka 💖

Turut bersama hadir Puan Muzairiah Binti Bajuri, Timbalan Pengarah JKM; Puan Emily Mirza binti Kamsari, Ketua Penolong Pengarah; Puan Nur Hanisah binti Ismail, Penolong Pengarah Kanan dan semua pegawai yang terlibat.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Selamatkan Johor