Bengkel Strategik Johor Economic Transformation Programme (JETP)

Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir ke Bengkel Strategik Johor Economic Transformation Programme (JETP) di Iskandar Puteri.

Bengkel ini memberi tumpuan kepada hala tuju Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) bagi negeri Johor, sejajar dengan visi Maju Johor 2030.

Dalam tempoh 2015 hingga 2023, Johor telah mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 3.8%, melebihi purata nasional iaitu 3.7%.

JETP juga bertujuan untuk merangka pelan tindakan bagi menjadikan Johor sebagai pusat pembuatan dan pengeluaran bernilai tinggi, mencipta lebih banyak peluang pekerjaan, serta mencapai sasaran pertumbuhan KDNK yang mampan menjelang tahun 2030.

Program ini merupakan kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri dengan PEMANDU Associates, sebuah organisasi yang telah berjaya mengendalikan lebih daripada 150 projek transformasi di pelbagai negara dimana ia diterajui oleh Dato’ Sri Idris Jala, seorang tokoh yang disegani.

Kerajaan Negeri yakin bahawa dengan pelaksanaan strategi transformasi yang komprehensif dan bersepadu, Johor mampu mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negeri ini. Komitmen semua pihak, termasuk sektor awam dan swasta, sangat diperlukan untuk memastikan aspirasi ini tercapai dan memberikan manfaat kepada seluruh Bangsa Johor.

Semoga inisiatif ini menjadi pemangkin kepada buah fikiran yang inovatif dan penyelesaian strategik, selari dengan matlamat JS-SEZ untuk memperkukuh daya saing ekonomi Johor di peringkat global. Insya-Allah.