Mesyuarat bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
Selesai mesyuarat saya bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkenaan projek berimpak tinggi iaitu projek PoP dan JENDELA di negeri Johor.
Projek ini bertujuan untuk menyediakan akses internet berkelajuan tinggi, khususnya di kawasan luar bandar dan sekolah, dengan menyambungkan lebih banyak premis serta kawasan perindustrian kepada rangkaian gentian optik.
Selain itu, ia juga berusaha meningkatkan kestabilan dan kelajuan internet bagi menyokong keperluan pengguna serta perniagaan, sekali gus mengurangkan masalah capaian yang lemah.
Saya yakin dan percaya dengan kerjasama semua pihak yang terlibat, pelaksanaan PoP dan JENDELA di Johor ini akan memberikan banyak manfaat kepada pengguna terutama sekali kepada rakyat Johor. InsyaAllah