Pembukaan Invest Malaysia Facilitation Centre Johor Memacu Pertumbuhan Ekonomi Serantau

Hari ini merupakan satu lembaran baharu dalam pembangunan ekonomi Johor apabila DYAM Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, berkenan merasmikan pembukaan Invest Malaysia Facilitation Centre Johor (IMFCJ).

Penubuhan pusat ini adalah simbol komitmen negeri Johor dalam memperkukuh peranan JS SEZ (Johor-Singapore Special Economic Zone) sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi serantau. IMFCJ bakal berfungsi sebagai hab strategik yang memudahkan urusan pelaburan, mempercepatkan proses kelulusan, serta menjadi platform penyelarasan antara pihak berkepentingan untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi ke Johor.

Pejabat ini dijangka mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan, selari dengan aspirasi menjadikan Johor sebagai pusat ekonomi maju di rantau ini.

Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan penubuhan IMFCJ ini. Bersama kita mengorak langkah membangunkan Johor sebagai destinasi pelaburan terunggul di Malaysia dan rantau ini!

柔佛摄政王东姑依斯迈殿下莅临主持开幕仪式,正式启用柔佛投资促进中心 (Invest Malaysia Facilitation Centre Johor, IMFCJ)。

IMFCJ 的成立,象征着柔佛州政府对推动 柔佛—新加坡经济特区 (JS SEZ) 的坚定承诺。这一中心将成为投资便利化的战略枢纽,为投资者提供“一站式服务”,加快审批程序,协调各相关单位,为柔佛州吸引更多高质量投资项目。

我们相信,IMFCJ 的启用,将为柔佛州带来更多就业机会,加快经济增长,推动柔佛迈向区域领先经济体。

感谢所有合作单位,携手打造柔佛成为马来西亚及区域最具吸引力的投资目的地!