Mesyuarat Khas Penyelarasan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Sesi Taujihat bersama Warga Kerja ICT @ Johor di Pejabat ICT@Johor

Alhamdulillah berkesempatan mempengerusikan Mesyuarat Khas Penyelarasan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan mengadakan Sesi Taujihat bersama warga kerja ICT @ Johor di Pejabat ICT@Johor, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad.
ICT@Johor berperanan dalam merancang, menyelaras, meningkatkan dan memperkembangkan budaya penggunaan teknologi maklumat dalam pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri mengikut peredaran dunia digital semasa.
Semoga ICT@Johor dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik pada tahun 2025 ini agar terus menjadi peneraju teknologi maklumat yang berkesan khusus di negeri Johor.