Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-145
Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir ke Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-145 yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Mesyuarat ini adalah platform penting bagi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk membincangkan pelbagai perkara yang melibatkan pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat. Insya-Allah, segala perbincangan dan keputusan yang diambil adalah untuk kebaikan rakyat dan negeri Johor.
Kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan amat diperlukan bagi memastikan setiap inisiatif dan agenda yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. Ini juga termasuk pemanfaatan infrastruktur serta pembangunan ekonomi yang memberi manfaat kepada rakyat.
Semoga segala perancangan yang dilaksanakan dapat memberi impak positif kepada pembangunan negeri Johor, dan kesejahteraan serta kebajikan rakyat sentiasa terpelihara. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor