Solat Subuh berjemaah di Masjid Kota Iskandar
لاحول ولا قوة إلا بالله
Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.
Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Kota Iskandar.
Selepas solat, kami mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Syazali Bin Sarbini, Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, JAINJ, mengenai keistimewaan bulan Syaaban.
Semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dan hidayah untuk terus berpegang teguh pada aqidah, mengamalkan sunnah, dan istiqamah dalam ibadah sepanjang bulan Syaaban sebagai persiapan untuk menyambut Ramadhan. Semoga kita dipertemukan dengan Ramadhan dalam iman dan kesihatan yang baik.
Alhamdulillah, saya bersyukur Program Semarak Subuh Johor ini terus mendapat sambutan Bangsa Johor. Semoga hati kita semua sentiasa dekat dengan masjid dan terus istiqamah dalam solat Subuh berjemaah. Insya-Allah.
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakhbar.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor