Mesyuarat Pelaporan Pembangunan Sekolah Agama Kerajaan Johor di Kluang
Minggu lepas saya turun ke Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor Kluang
Hari ini saya panggil satu Mesyuarat Pelaporan Pembangunan Sekolah Agama Kerajaan Johor Kluang bagi meneliti laporan kerosakan dan cadangan baik pulih yang kena disegerakan.
Alhamdulillah Bahagian Pembangunan Jabatan Agama Islam Negeri Johor akan ambil tindakan segera bersama Jabatan Kerja Raya Johor untuk buat siasatan lengkap memgenai kerosakan serta kos yang terlibat.
Kita jangkakan lepas sahaja ulasan teknikal diperolehi, proses sebut harga dan seterusnya kerja-kerja baik pulih akan dimulakan. Paling lambat bulan Mei akan dapat dimulakan.
Tuan Pengetua SMAKJ Hj Safri hadir sama. Insya Allah kita bantu sebaiknya.